BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 21, 2010

Petua mancuci hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih" 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. 5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari. 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka) 7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!! 8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. 9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa. 10. Kekalkan wuduk. 11. Bersedekah. 12. Belanja orang makan. 13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.) 14. Berkawan dengan ulama'. 15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.) 16. Pesan pada orang, jadi baik. 17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

Anjakan Paradigma Dirimu dan Diriku

Sunday, October 10, 2010

bahasa kebangsaanku....(kamuh basa baling)

anak2 baling diingatkan supaya tak lupa dimana asal usul anda sekaligus mempraktikkan bhs anda walau dimana anda berada.(kalo mu lupa kaaa...mu mmg peghak dok tmpt org laaa...mu toksah kelik kapong laa) a = air a merah = sirap balai gi = biarkan baleythey = biarkan banyo = jgn xthu banyyo ..basuh kot..dok banyo baju sat.. BATA : BANTAL bedene = berlendir BEGHAS : TERKOYAK bekelong = berkepul2 beleh = napak teruk sangat belenang = air bertakung berdepek = duduk rapat2 beremba = berteman BERKHACHANG : PULUN/SUNGGUH-SUNGGUH BERKHETING : BANYAK bethe gi = pedulikan bikas = bangkit dgn lajunya biru...almari bok key = batang joran brek berkukok = break emergency buah poh = buah pelam BUTUH : xxxxxx (perkataan yg tak bagus) cacut = tersasul CARI MAGHU : CARI PASAL carok = ank sungai cendess = buat org tejatuh cereluus...muat cha = bukan cha cha haaaa..a cha... chair = datuk CHETOK : DUDUK chetok=duduk cheweey...ngada ngada ..betoi dak wey chiding = perangkap chokeih...cungkil dak aih = bukan dak deh...tidak mengapa dango : pangkin tpt lepak/ rehat demo = mereka doyong = pepatun esot [cth ayat: pa mu kesot/ enjak kot nu sikit haa...] gelap wong = gelap teramat sangat gelemap = gulita gelut = berusaha ghabat = panjat ghena = macam mana GHOCOH : JOLOK ghoyat/oyat = beritahu ghumah sakit = hospital ghumah speta...hospital goeh pi=mancic hambat = kejar hat = yang hatang = hentam HAWING : BALING hegeh-hegeh = mengada2 HETEI : TENGOK holo = hulur humu = kamu semua hupa = semacam ja'ong = mendung ja'ong = panas nk ujan dey.. JAUN : MENDUNG jemorang = jemuran jerhumung..longgokan sekam padi jetik = jentik jokehy...dok ujung jokehy kachang = pulun/bersungguh2 kecek = bukan kecek klate no...ni kira mengende..tapa xthu. kelik: balik kembang = bukan kembang no..kembang lahir..heehhehe ket = kek ketik = gigit keting = betis khebo = kerbau know = buaian ko = kuih ko = kuih ko budak = ramai budak2 kok kho = pelan2 KOKKHLAS : TAK KETAHUAN kopi o pekak = kopi o pekat LANGUT : TENGOK KE ATAS lanyo = timba= mari lanyo a laga... lemu = lembu lit lit = panas yg teramat sgt MAPOH : MATI masam perik = masam sungguh mbeh = nak iras2...mu ni nk mbeh pa fasha sanda pn ada... menyerit = pantas @ sgt laju menyerok = sarapan pagi mephey : [ cth ayat: ih mu ni tak mkn nasik ka.. napak mephey ye] meripuk = merapu mersoh = berak merton=hammer meruah = yg melimpah mu = kamu mughan = buat dgn sungguh2 mugreh=marah murih..marah musing renik = pusing ligat okpa dea...kenapa okpa ea...pasal pa orang api..tnb oyat = beritahu pedih = (1)pedih, (2)pedas pelekat api = nyalakan api penyedei = ampaian perik = serik perut mesin = sakit perut pherik = perit phet..pahit phit lepang = pahit pintu neghot : pintu pagar ra'ang = menangis dengan kuat saoh = senak seka =basikal sekbok = mari kehkeek almari sekecong = seuncang sekeleng = sengaja sekko..seorang SELAGHEH : SALALU/SENTIASA selarih = selalu sengngeng...mengiring serik = menyesal set = group setok = rentap SIGONG : MENYIKU sigung = menyiku sokmo..selalu sosh....tuang su'eng = rasa nk demam ka...rasa semacam kot.. sunge = sungai tak mboh...tidak mahu tak rok = kurang sihat tak tahwan = hilang arah tak thu...tidak tahu TAKHE : POTONG TANG CANDIK : BUAT PERANGKAP TANGPLAMA : KENAPA tapa = tampar tawar hebeh = tawar laaa tebulas / nana : mcmcna nk explain makna dia hah.. kalu cth ayat : tu dia la tebulas / nana sgt, sapey tupa a kopi secerek.. tengbok/tembok (xthu ejaan yg mana beto) = jalan raya terbey = lastik thang = tahan thinek = matahari naik thrubit = keluar thu dei = tak tahu tiak selak = menangis teresak2 tibe i= kena rotan tinging nalik = tinggi sungguh tok = nenek ujan rabu = hujan renyai2 usut = menyorok wah = buah WAT THIK : BUAT NANYA / KHIANAT (sumber:FB:pengguna bhs baling tegar)

Wednesday, October 6, 2010

فلسفة الحياة لإيليا أبي ماضي

أيهذا الشاكي وما بك داء كيف-تغــدو إذا غـدوت عـليـلا

وتـرى الشـوك في الــورود-وتـرى الشـوك في الــورود

والـذي نفسـه بغـير جمـال-لا يـرى في الوجود شيـئا جميلا

فتمتـع بالصبـح وما دمت فيه-لا تخـف أن يـزول حتى يـزول

أدركت كنهـها طيـور الروابي-فمـن العـار أن تـظل حهـولا

Kebahagiaan dalam tangisan......

Hari2 yang aku lalui pada sepanjang minggu ini adalah hari2 yang sgt sukar aku terima...pelbagai dugaan yang harus kutempuh dan harus ku tabahkan hati utk menerima hakikat sebenar kehidupan.Dugaan yang datang,silih berganti membuatkan diri ini seakan tidak mampu memikul segalanya...hanya secebis iman yang masih bersisa dalam diri membuatkan aku masih lg mampu rasional dalam setiap tindakan yang aku lakukan....dugaan pelajaran adalah yang paling hebat menyerang diriku...dugaan yang selainnya adalah dugaan keluarga yang kadangkala aku jgk tidak faham ap yang sebenarnya mereka inginkan.Satu kejadian yang berlaku kpd keluargaku adalah apabila rumahku nyaris2 dimasuki pencuri(atau lg senang :penyamun, perompak yang tak da akal)dan yang paling dikesalkan adalah manusia tersebut merupakan saudaraku sendiri(tu y aku bengang nak mati tu)....ak pun tak tau la nak wat mcmna lg...pastu dahlah nak wat bnda buruk kat org......ad plak penyokong tegar yang sokong tindakan manusia tu....kami yang jd mangsa ni pulak dipersalahkan....sbb ap??????sbb ADIK BERADIK.....tu yang kami kna beralah...."abes,yang hang masuk nak curi kat umah kami ni,,,tak kira plak km ni sedara hang????"Pengha pheik!!!!!
sedih2 bila mengenangkan bnda ni....dugaan seterusya adalah dugaan sahabat....nak kata truly sahabat tak jgk...tapi someone special in my life.adalah satu kejadian yang ak dah tak ingin nak ingat,,,,tp hanya rakan terdekat y tau cerita sebenarnya...ap2pun selepas bunyi azan maghrib hari ni...aku nak menjadi orang y bebas dari segala masalah......chaiyok n tahniah kuucapkan kpd diriku krn sehingga hari ini aku masih lagi mampu tersenyum dan berdiri serta berlari....

Saturday, October 2, 2010

Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

*****

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.